Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18: Facebook πŸ’§

Hai semua πŸ™Œ Dari instagram berpindah ke blog ke twitter dan akhirnya ke facebook. Tugasan terbaru Prof bagi kursus Multimedia dalam Bahasa ini ialah kami kena post apa sahaja tentang kursus ini di akaun facebook masing-masing. Tapi, ha ada syarat ye. Syaratnya ialah mesti ada gambar dengan Prof πŸ’™ 

Ni lah tugasan yang telah pun saya post di facebook:

5 Disember 2018


6 Disember 2018

Dah, itu sahaja. Chalo! πŸƒ

BBM3410/18: Papan Cerita πŸ“·

πŸ”˜NOTA PAPAN CERITAπŸ”˜

Papan cerita merupakan suatu siri lakaran bagi menggambarkan perancangan turutan isi kandungan yang akan dilaksanakan dalam sesuatu skrin multimedia. πŸ“Ί

🌳Papan cerita e-majalah:

  • Melibatkan pemilihan sesuatu produk yang ditampilkan. 
  • Pemilihan konsep yang bersesuaian dengan produk yang dipilih.
  • Teks, grafik dan tulisan perlu diletakkan pada setiap halaman e-majalah.
  • Teks dan lukisan yang dilakarkan perlu bersesuaian dengan konsep dan produk yang ditampilkan. 



BBM3410/18: Video Tanpa Wajah πŸ“·

πŸ”˜NOTA VIDEO TANPA WAJAHπŸ”˜

Video tanpa wajah merupakan video yang dirakam tanpa mempamerkan wajah. Video ini hanya dirakam dari paras bahu hingga ke kaki dengan melihatkan satu subjek yang menjadi fokus. 

  • Mempunyai jalan cerita.
  • Tidak melibatkan pemaparan wajah dalam rakaman video.
  • Ekspresi ditonjolkan melalui gaya dan perbuatan. 
  • Mempunyai kepelbagaian scene dan tidak tertumpu kepada satu shot sahaja.
  • Memerlukan proses pengeditan video. 

Berikut merupakan contoh hasil video tanpa wajah 😍


BBM3410/18: Video One Shot πŸ“·

πŸ”˜NOTA VIDEO ONE SHOTπŸ”˜


πŸƒApa itu video one shot?
  • Satu video yang diambil pada satu shot sahaja iaitu dalam satu durasi yang ditetapkan dengan posisi kamera yang statik dan tidak memerlukan jurukamera. Video yang terhasil juga tidak melibatkan proses pengeditan bagi mana-mana bahagian video tersebut. 
  • Video one shot tidak boleh melibatkan apa-apa pergerakan di sekeliling kawasan yang dirakam melainkan pergerakan individu yang menjadi subjek utama dalam video atau dipanggil 'one layer'.
  • Bagi video one shot two layer merupakan video yang dirakam dengan dua lapisan situasi yang berbeza. Sebagai contoh, terdapat penyanyi dan dibelakangnya terdapat lakonan yan dilakonkan oleh orang lain.
  • Video one shot three layer pula ialah video yang dirakam dengan dua lapisan situasi yang dirancang dan ditambah dengan satu lapisan situasi yang tidak dirancang. Sebagai contoh, terdapat lapisan seorang penyanyi, lapisan lakonan serta ditambah dengan lapisan yang tidak dirancang seperti kenderaan yang lalu di belakang pelakon tersebut.

πŸƒSetiap video one shot yang dirakam haruslah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan boleh difahami oleh penonton. 


BBM3410/18: Asas Grafik πŸ“·

πŸ”˜NOTA ASAS GRAFIKπŸ”˜

Asas grafik merupakan ciri-ciri yang perlu diberikan perhatian dalam penghasilan sesebuah grafik. Terdapat lima asas grafik yang telah saya pelajari dalam kuliah BBM3410 (Multimedia dalam Bahasa).



🍁 Mudah
🍁 Keseimbangan
🍁 Kesesuaian
🍁 Warna
🍁 Teks


πŸ‚ Mudah
  • Ciri pertama asas grafik ialah mudah. Mudah bermaksud sesuatu gambar itu mudah dilihat serta dapat difahami dengan sebaiknya.
  • Ciri asas grafik ini tidak sarat dengan teks dan abstrak namun lebih bersifat realistik.

πŸ‚ Keseimbangan
  • Ciri kedua asas grafik ialah keseimbangan. Ciri keseimbangan ini merangkumi elemen keseimbangan dari setiap sudut dan tidak memberikan pemberatan kepada satu sudut sahaja.
  • Ciri keseimbangan gambar juga perlu diberikan kesama rataan antara bahagian kiri, kanan, atas dan bawah bagi memastikan gambar yang diambil tersebut menepati ciri keseimbangan. 
πŸ‚Kesesuaian
  • Ciri ketiga asas grafik ialah kesesuaian. Konsep atau mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh audien melalui kesesuaian gambar atau visual yang ditampilkan.
  • Kesesuaian antara subjek utama serta latar belakang merupakan elemen penting bagi memastikan audien dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. 
πŸ‚ Warna
  • Ciri keempat ialah warna. Elemen warna membangkitkan unsur visual yang diketengahkan kepada audien selain menjadikan visual yang ditampilkan lebih menarik.
  • Elemen warna bukan sahaja menghidupkan visual, malahan menimbulkan perasaan dan minat terdapat sesuatu visual.
πŸ‚ Teks
  • Ciri kelima ialah teks. Penggunaan teks dalam grafik haruslah sesuai, padat dan ringkas.
  • Pemilihan jenis font, saiz font juga perlu dititikberatkan kerana ianya memberikan mesej yang berbeza terhadap sesuatu visual kepada audien. 




Friday, November 16, 2018

BBM3410/18: Twitter 🐦

Hai semua 🌷Saya nak post mengenai tweet saya di Twitter. Saya tak banyak pun post tweet di Twitter, maklumlah sebelum ni tak pernah ada Twitter. Haha πŸ˜„ Dah ambil subjek multimedia ni lah baru buat akaun Twitter πŸ˜† Ok, ni saya share sikitlah ye apa yang saya post di Twitter. Post ni semua bermula dari yang terkini hingga yang pertama. 
.
.
.















Ok gais, jumpa lagi. Sekian 🌺

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Lempeng 🍳

Hai semua πŸ‘‹ Nak cerita sikit tentang lempeng. Haha πŸ˜„
.
.
.
Kakak saya ni tak pernah masak lempeng. Selalu kalau dia nak makan, saya atau ibu yang masakkan πŸ˜‹ Jadi hari Rabu lepas, dia teringin nak makan lempeng dan kena masak sendiri  sebab dia tak balik rumah ibu πŸ˜„ Dia whatsapp saya minta resepi, saya pun bagitahulah bahan-bahan dan cara nak masak lempeng tu. Dan nantikan hasil lempengnya ~~~


Cubaan pertama tak berjaya

Berkat usaha tanpa putus asa 😍
Siap lempeng 10 keping.


Bahagia berjaya masak lempeng πŸ˜„

Cerita tentang lempeng ni, jadi lapar pula. Haha. Ok lah, jumpa lagi ye πŸ‘‹ Terima kasih sudi membaca 🌺🌼

Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Tugasan Amali (Adobe Photoshop)

🌺15 November 2018(Khamis)🌺


Assalamualaikum semua 🌷Hari ni hari Khamis dan kelas amali batal. Yeayy! πŸ˜„ Tapi ada tugasan online ye. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat pun apa tugasannya. Ketua kelas kami beritahu dalam whatsapp group yang kami kena rekod video proses penghasilan kalendar menggunakan adobe photoshop. Dalam video tu mesti ada muka masing-masing ye πŸ˜ƒ
.
.
Saya pun terus capai tudung, ambil telefon bimbit dan terus rekod video. Tapi disebabkan video ni lebih 100MB dan tak boleh nak upload kat blogspot. Saya pun upload kat youtube dulu. Nak tengok hasilnya? Tadaa~~





Kalendar bulan Oktober 2019



BBM3410/18: Kerana BOOM!

🌺12 November(Isnin)🌺

Hai semua πŸ˜‰ Ok, lagi cerita tentang hari Isnin lepas. Selesai Prof berikan penerangan dan tugasan video one shot two layer, Prof suruh semua sekali keluarkan buku BOOM. Ha, masa ni kalut masing-masing sebab ada yang tak bawa. Prof cakap, siapa yang tak bawa maka kumpulan tu akan ditolak markah berdasarkan jumlah ahli yang tak bawa. 




Kumpulan saya pula, ada dua yang orang tak bawa. Semua pakat diamlah ni, tak nak cakap πŸ˜„ Prof pun suruh buat aktiviti dalam bab 7 dan kena hantar hari tu juga. Tengah khusyuk cari jawapan, Prof pun datang kat setiap kumpulan nak check siapa yang tak bawa. Dan masa tu juga kumpulan kami kena tolak 2 markah. Berharga 2 markah tu 😭
.
.
Ok, disebabkan Prof memang seorang yang baik hati, Prof suruh siapa yang tak bawa tu balik bilik dan ambil buku masa tu juga. Ha, kalut semua berkejar balik bilik nak ambil buku BOOM!. Alhamdulillah, ahli kumpulan saya dapat ambil buku masing-masing dan kami tidak ditolak markah 😍 Terima kasih Prof πŸ’™πŸ’šπŸ’›πŸ’œ
.

Ok lah semua, terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi di lain hari πŸ‘‹πŸŒΉπŸŒ·πŸŒ»

Tuesday, November 13, 2018

BBM3410/18: 2 Lapis

🌺12 November 2018 (Isnin)🌺

Assalamualaikum semua 🌷 Ok, hari Isnin minggu ni kami kena bentang video one shot yang kami dah rakam sebelum ni. Masih ingat lagi post saya sebelum ni tentang video one shot. Ha, ni hasil kumpulan kami. 


Lagu : Nakal, Nakal, Nakal - Ayda Jebat


Ok, habis dah bentang video one shot. Macam biasa tugasan seterusnya menyusul. Kali ni prof bagi tugasan untuk kami rekod video one shot two layer pula. Prof tayangkan contoh video yang senior lepas hasilkan untuk kami jadikan panduan. Tapi, biasalah ayat prof, ini contoh sahaja dan ni bukanlah yang terbaik πŸ˜„ Maknanya, kami kenalah lagi baik daripada contoh yang prof tunjukkan. πŸ˜„





Jadi, untuk tugasan ni kami kena bentang pada Isnin minggu hadapan. Lagu apa pula jadi pilihan kami kali ni? Nantikan post saya nanti ye πŸΎπŸ‘‹






Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Lokceng 🍑🍒

Bertemu kembali semua πŸ‘‹ Siapa tahu apa tu lokceng? Ha, mungkin ada yang tak tahu kan. Sama lah macam saya, mula-mula kawan saya bagitahu rakan sekerja dia bagi lokceng sebungkus. Muka saya pun blur kejap. Haha πŸ˜„ Dia pun keluarkan lah dari plastik.. Nak tahu apa dia? Rupa-rupanya sate ikan. Haha. Banyak pula tu. Kami pun apa lagi dikala hujan petang dengan angin sejuk terus membakar lokceng tu.

Sesi membakar 🍑



Serius sedap, makan panas-panas dengan teh o limau suam pula tu πŸ˜‹πŸ˜‹. Jadi lepas ni takde lah pelik bila orang sebut lokceng. Haha πŸ˜„

Ok, jumpa lagi nanti 🌺🌼


BBM3410/18: Plan Menjadi πŸŽˆπŸŽ‰πŸŽ‡

Hai semua. Sihat semuanya ya 😊
.
.
Ok, hari ni saya nak share sikit hari Sabtu yang lepas (10.11.2018) saya celebrate birthday ibu saya. Walaupun lewat 5 hari, tapi yang penting ibu happy dan suprise menjadi. Yeayyy πŸ™Œ Disebabkan ibu saya ni babysitter dan ada 4 orang yang ibu jaga, jadi saya dan kakak buat suprise di rumah saja. Meh tengok gambar sikit..


Yang paling kecil tu yang paling excited

Huruf B tu penyek sikit sebab meletup terlebih angin πŸ˜‘

 
Penyimpan rahsia nak buat suprise πŸ˜„

Alhamdulillah, ibu happy walaupun buat kecil-kecilan je. Yang penting semua makanan saya yang masak. Haha πŸ˜„ Rendang kerang, lemak cili ikan mayong, dan chap chai. Nak resepi? Meh pm tepi. Haha. 
.
Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi πŸ‘‹

Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18: Kelas Online πŸ“Ί

🌺Isnin (5 November 2018)🌺

Ok, ingat lagi tak post sebelum ni tentang kena post di Instagram gambar tangan ok πŸ‘Œ untuk dapatkan kelas online πŸ˜„ Dan Prof dah pun bagi jawapan yang sangat menggembirakan iaitu kelas secara online. Nak tahu apa tugasan yang kami kena buat? Ha ni dia...
.
.
.



Prof akan keluar dalam tv Al Hijrah bagi slot Bijak Siber jam 8:30 pagi. Jadi, kami kena snap gambar prof dan post di Instagram. Angle gambar tu pastinya kena canti ye kawan-kawan πŸ˜‰ Saya pun dengan tekunnya tengok slot Bijak Siber tu sebab nak pastikan dapat shot gambar Prof yang paling cantik πŸ˜— Ni hasilnya ...






Tahniah Prof πŸ‘Prof memang terbaik, dengan setiap perkongsian yang Prof kongsikan memang sangat bermanfaat untuk setiap penonton dan khalayak di luar sana. 



Yeayy! Prof like post saya πŸ’™

Ok semua, jumpa lagi πŸ‘‹πŸŒΌπŸŒΊπŸŒΈ







BBM3410/18: Jantung Hati πŸ’—

Hai semua πŸ‘‹ Hari ni saya nak cerita tentang jantung hati saya. Siapakah dia? Ha, pastinya ibu saya πŸ’™ Semalam hari lahir ibu saya, (5 Nov 2018). Alhamdulillah, pada tahun ni ibu saya dah menjangkau usia 50 tahun. Tapi apa yang sedih ialah, tahun ni tak dapat nak sambut hari lahir ibu sama-sama sebab saya tak dapat balik. Sibuk beno tahun akhir niπŸ˜„ Lagipun tarikh 5 November tu tak kena pada hujung minggu. 
.
.
.
Apa pun, saya nak ucapkan selamat hari lahir untuk ibuπŸ’™ Moga ibu sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan ibu dan juga dimurahkan rezeki. InsyaAllah, hujung minggu ni adik balik. Nanti kita sambut sama-sama ye bu🌺

Ibu saya: Rubiah binti Md Dom

Ok lah, terima kasih semua sudi membaca. Jumpa lagi ya 🌹🌷🌺🌸🌼

Monday, November 5, 2018

BBM3410/18: Cerita Cuti MidSem πŸ†

Assalamualaikum semua 🌺🌼

Ok, hari ni saya nak kongsikan cerita cuti midsem saya selama seminggu. Ha, ni semua sebab tugasan yang Prof beri iaitu kena post 10 gambar di Instagram πŸ˜„ Nah, ni lah 10 gambar yang saya post di Instagram untuk tugasan cuti midsem πŸ‘―...










Cerita Cuti MidSem Saya Dah Tamat 🐦
Setiap gambar yang saya post di Instagram ni disertakan sekali dengan kapsyen yang menarik dan juga quotes yang dipetik dari buku 200Quotes serta hashtag yang ditetapkan oleh Prof DrN πŸŒ·πŸ’™

Terima kasih semua sudi membaca. Jumpa lagi! 🌺




BBM3410/18: Kelas Batal Atau Tidak? πŸ€

Hai kawan-kawan 🌸 Ok, hari Selasa (30 Oktober 2018) iaitu masih lagi dalam waktu cuti pertengahan semester. Tiba-tiba kami dapat berita yang agak menggembirakan. Haha πŸ˜„ Nak tahu apa beritanya? Ha ini dia ...


Ha dapat je berita ni, semua gembira. Haha πŸ˜„ Jadinya semua perlu post gambar dalam Instagram dengan segera dan pastinya kena ikut hashtag yang betul iaitu yang Prof dan tetapkan. Bukan apa, kalau salah letak hashtag, silap silap memang tak diterimalah post tu. πŸ˜† Ok, saya pun tengah-tengah panas kat lapang sasar menembak tu terus snap gambar πŸ‘Œ dan post di Instagram. 


Minat sangat dengan view awan tu πŸ’™


Hashtag tu check banyak kali nak pastikan betul πŸ˜„


Prof dah like 😍😍

Setelah semua bertungkus lumus post gambar πŸ‘Œ sebelum jam 7 malam, akhirnya kami dapat jawapan yang positif dan pastinya amat dinantikan semua. Haha πŸ˜„ Iaitu 5 November (Isnin) kelas diadakan secara online! Terima kasih Prof πŸ’™


Ok, jumpa lagi nanti ye kawan-kawan dalam post yang berikutnya. 


BBM3410/18: Cuti Pertengahan Semester Bermula 🐦

Assalamualaikum semua 😊 Moga baik baik saja semuanya. Ok, hari ni saya cerita tentang cuti pertengahan semester kali ni. Seronoklah kan cuti seminggu tapi macam biasalah, tugasan daripada Prof tetap ada πŸ˜ƒ.
.
.
.
Ok, kali ni Prof beri tugasan untuk kami ambil gambar dan kena post 10 gambar yang berbeza di Instagram. Gambar tu tak kisahlah gambar manusia ke pemandangan ke haiwan ke asalkan cantik dan menarik. Haha. Ha lagi satu yang menariknya tugasan kali ni kami kena letak hashtag yang Prof dan tentukan iaitu #KampungKu 🏑 Tapi untuk cuti seminggu kali ni saya tak balik kampung, sebab saya akan ke Kem PULADA di Ulu Tiram, Johor untuk Latihan Menembak PALAPES UPM. Oleh itu, saya ambil kesempatan ni untuk mengambil gambar aktiviti-aktiviti yang saya dan rakan-rakan lakukan sepanjang latihan menembak tersebut πŸ€


Pegawai on duty 


Suasana di lapang sasar menembak senjata M16

Nak tengok 10 gambar saya yang menarik sepanjang cuti pertengahan semester ni? Tunggu post saya yang berikut ya πŸ˜„ Terima kasih sudi membaca! 🌺🌼🌷



Wednesday, October 24, 2018

BBM3410/8: Sepit Atau Kapit?

Hai semua 🌻 Okay, hari ni saya nak cerita tentang sejenis kuih. Ha, ada yang panggil kuih ni kuih sepit tapi saya panggil kuih kapit. Tak tahu lah kenapa jadi dua nama sedangkan kuih yang sama je. Saya sampai bertengkar dengan kawan saya pasal nama kuih ni je. Haha. Mungkin sebab negeri lain jadi nama kuih ni lain lah kot ye. πŸ˜† Yelah, sebab saya orang Johor, kawan saya pula orang Kedah. 

Okay lah, mana datang nya punca nak cerita pasal kuih ni sebenarnya ialah kawan saya ni jual kuih sepit ni. Jadi ni saya nak tunjuk sikit lah jenis-jenis kuih sepit yang dia jual.


Supreme Coklat Salut Kacang


Supreme Peanut Salut Kacang


Premium Coklat


Premium Peanut


Original

Ha. Terliur tak semua? Serius sedap kuih sepit ni, sebalang tu memang tak sampai seminggu. Saya boleh habis dalam masa 3 hari je πŸ˜† Nak tahu berapa harganya. Ni senarai harga dan juga nombor telefon kawan saya, mana tahu ada yang nak order πŸ˜‰


Ok lah, jumpa lagi nanti. Bye! 😊🌺🌻🌹

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamulaikum semua 😊

Hai. hari ni saya nak cerita tentang tugasan minggu ni iaitu video one shot. Habis bab fotografi ambil-ambil gambar, kami diberikan tugasan untuk membuat video. Apa tu video one shot? Video ni diambil sekali sahaja tanpa perlu diedit dan kedudukan kamera statik tidak bergerak. Senang kata tiada jurukamera lah. πŸ˜„ 

Kami diminta untuk memilih satu lagu melayu yang berentak rancak dan kumpulan kami sebulat suara memilih lagu Nakal Nakal nyanyian Aida Jebat. 



Gambar disebalik tabir kami menghasilkan video one shot. 


Nantikan hasil rakaman video one shot daripada kumpulan kami dalam post blog saya yang seterusnya 🌺🌺