Wednesday, November 14, 2018

BBM3410/18: Kerana BOOM!

🌺12 November(Isnin)🌺

Hai semua 😉 Ok, lagi cerita tentang hari Isnin lepas. Selesai Prof berikan penerangan dan tugasan video one shot two layer, Prof suruh semua sekali keluarkan buku BOOM. Ha, masa ni kalut masing-masing sebab ada yang tak bawa. Prof cakap, siapa yang tak bawa maka kumpulan tu akan ditolak markah berdasarkan jumlah ahli yang tak bawa. 




Kumpulan saya pula, ada dua yang orang tak bawa. Semua pakat diamlah ni, tak nak cakap 😄 Prof pun suruh buat aktiviti dalam bab 7 dan kena hantar hari tu juga. Tengah khusyuk cari jawapan, Prof pun datang kat setiap kumpulan nak check siapa yang tak bawa. Dan masa tu juga kumpulan kami kena tolak 2 markah. Berharga 2 markah tu 😭
.
.
Ok, disebabkan Prof memang seorang yang baik hati, Prof suruh siapa yang tak bawa tu balik bilik dan ambil buku masa tu juga. Ha, kalut semua berkejar balik bilik nak ambil buku BOOM!. Alhamdulillah, ahli kumpulan saya dapat ambil buku masing-masing dan kami tidak ditolak markah 😍 Terima kasih Prof 💙💚💛💜
.

Ok lah semua, terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi di lain hari 👋🌹🌷🌻

No comments:

Post a Comment