Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18: Video One Shot ๐Ÿ“ท

๐Ÿ”˜NOTA VIDEO ONE SHOT๐Ÿ”˜


๐ŸƒApa itu video one shot?
  • Satu video yang diambil pada satu shot sahaja iaitu dalam satu durasi yang ditetapkan dengan posisi kamera yang statik dan tidak memerlukan jurukamera. Video yang terhasil juga tidak melibatkan proses pengeditan bagi mana-mana bahagian video tersebut. 
  • Video one shot tidak boleh melibatkan apa-apa pergerakan di sekeliling kawasan yang dirakam melainkan pergerakan individu yang menjadi subjek utama dalam video atau dipanggil 'one layer'.
  • Bagi video one shot two layer merupakan video yang dirakam dengan dua lapisan situasi yang berbeza. Sebagai contoh, terdapat penyanyi dan dibelakangnya terdapat lakonan yan dilakonkan oleh orang lain.
  • Video one shot three layer pula ialah video yang dirakam dengan dua lapisan situasi yang dirancang dan ditambah dengan satu lapisan situasi yang tidak dirancang. Sebagai contoh, terdapat lapisan seorang penyanyi, lapisan lakonan serta ditambah dengan lapisan yang tidak dirancang seperti kenderaan yang lalu di belakang pelakon tersebut.

๐ŸƒSetiap video one shot yang dirakam haruslah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan boleh difahami oleh penonton. 


No comments:

Post a Comment