Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18: Facebook πŸ’§

Hai semua πŸ™Œ Dari instagram berpindah ke blog ke twitter dan akhirnya ke facebook. Tugasan terbaru Prof bagi kursus Multimedia dalam Bahasa ini ialah kami kena post apa sahaja tentang kursus ini di akaun facebook masing-masing. Tapi, ha ada syarat ye. Syaratnya ialah mesti ada gambar dengan Prof πŸ’™ 

Ni lah tugasan yang telah pun saya post di facebook:

5 Disember 2018


6 Disember 2018

Dah, itu sahaja. Chalo! πŸƒ

BBM3410/18: Papan Cerita πŸ“·

πŸ”˜NOTA PAPAN CERITAπŸ”˜

Papan cerita merupakan suatu siri lakaran bagi menggambarkan perancangan turutan isi kandungan yang akan dilaksanakan dalam sesuatu skrin multimedia. πŸ“Ί

🌳Papan cerita e-majalah:

  • Melibatkan pemilihan sesuatu produk yang ditampilkan. 
  • Pemilihan konsep yang bersesuaian dengan produk yang dipilih.
  • Teks, grafik dan tulisan perlu diletakkan pada setiap halaman e-majalah.
  • Teks dan lukisan yang dilakarkan perlu bersesuaian dengan konsep dan produk yang ditampilkan. 



BBM3410/18: Video Tanpa Wajah πŸ“·

πŸ”˜NOTA VIDEO TANPA WAJAHπŸ”˜

Video tanpa wajah merupakan video yang dirakam tanpa mempamerkan wajah. Video ini hanya dirakam dari paras bahu hingga ke kaki dengan melihatkan satu subjek yang menjadi fokus. 

  • Mempunyai jalan cerita.
  • Tidak melibatkan pemaparan wajah dalam rakaman video.
  • Ekspresi ditonjolkan melalui gaya dan perbuatan. 
  • Mempunyai kepelbagaian scene dan tidak tertumpu kepada satu shot sahaja.
  • Memerlukan proses pengeditan video. 

Berikut merupakan contoh hasil video tanpa wajah 😍


BBM3410/18: Video One Shot πŸ“·

πŸ”˜NOTA VIDEO ONE SHOTπŸ”˜


πŸƒApa itu video one shot?
  • Satu video yang diambil pada satu shot sahaja iaitu dalam satu durasi yang ditetapkan dengan posisi kamera yang statik dan tidak memerlukan jurukamera. Video yang terhasil juga tidak melibatkan proses pengeditan bagi mana-mana bahagian video tersebut. 
  • Video one shot tidak boleh melibatkan apa-apa pergerakan di sekeliling kawasan yang dirakam melainkan pergerakan individu yang menjadi subjek utama dalam video atau dipanggil 'one layer'.
  • Bagi video one shot two layer merupakan video yang dirakam dengan dua lapisan situasi yang berbeza. Sebagai contoh, terdapat penyanyi dan dibelakangnya terdapat lakonan yan dilakonkan oleh orang lain.
  • Video one shot three layer pula ialah video yang dirakam dengan dua lapisan situasi yang dirancang dan ditambah dengan satu lapisan situasi yang tidak dirancang. Sebagai contoh, terdapat lapisan seorang penyanyi, lapisan lakonan serta ditambah dengan lapisan yang tidak dirancang seperti kenderaan yang lalu di belakang pelakon tersebut.

πŸƒSetiap video one shot yang dirakam haruslah mempunyai jalan cerita dan mesej yang ingin disampaikan boleh difahami oleh penonton. 


BBM3410/18: Asas Grafik πŸ“·

πŸ”˜NOTA ASAS GRAFIKπŸ”˜

Asas grafik merupakan ciri-ciri yang perlu diberikan perhatian dalam penghasilan sesebuah grafik. Terdapat lima asas grafik yang telah saya pelajari dalam kuliah BBM3410 (Multimedia dalam Bahasa).



🍁 Mudah
🍁 Keseimbangan
🍁 Kesesuaian
🍁 Warna
🍁 Teks


πŸ‚ Mudah
  • Ciri pertama asas grafik ialah mudah. Mudah bermaksud sesuatu gambar itu mudah dilihat serta dapat difahami dengan sebaiknya.
  • Ciri asas grafik ini tidak sarat dengan teks dan abstrak namun lebih bersifat realistik.

πŸ‚ Keseimbangan
  • Ciri kedua asas grafik ialah keseimbangan. Ciri keseimbangan ini merangkumi elemen keseimbangan dari setiap sudut dan tidak memberikan pemberatan kepada satu sudut sahaja.
  • Ciri keseimbangan gambar juga perlu diberikan kesama rataan antara bahagian kiri, kanan, atas dan bawah bagi memastikan gambar yang diambil tersebut menepati ciri keseimbangan. 
πŸ‚Kesesuaian
  • Ciri ketiga asas grafik ialah kesesuaian. Konsep atau mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh audien melalui kesesuaian gambar atau visual yang ditampilkan.
  • Kesesuaian antara subjek utama serta latar belakang merupakan elemen penting bagi memastikan audien dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. 
πŸ‚ Warna
  • Ciri keempat ialah warna. Elemen warna membangkitkan unsur visual yang diketengahkan kepada audien selain menjadikan visual yang ditampilkan lebih menarik.
  • Elemen warna bukan sahaja menghidupkan visual, malahan menimbulkan perasaan dan minat terdapat sesuatu visual.
πŸ‚ Teks
  • Ciri kelima ialah teks. Penggunaan teks dalam grafik haruslah sesuai, padat dan ringkas.
  • Pemilihan jenis font, saiz font juga perlu dititikberatkan kerana ianya memberikan mesej yang berbeza terhadap sesuatu visual kepada audien. 




Friday, November 16, 2018

BBM3410/18: Twitter 🐦

Hai semua 🌷Saya nak post mengenai tweet saya di Twitter. Saya tak banyak pun post tweet di Twitter, maklumlah sebelum ni tak pernah ada Twitter. Haha πŸ˜„ Dah ambil subjek multimedia ni lah baru buat akaun Twitter πŸ˜† Ok, ni saya share sikitlah ye apa yang saya post di Twitter. Post ni semua bermula dari yang terkini hingga yang pertama. 
.
.
.















Ok gais, jumpa lagi. Sekian 🌺

Thursday, November 15, 2018

BBM3410/18: Lempeng 🍳

Hai semua πŸ‘‹ Nak cerita sikit tentang lempeng. Haha πŸ˜„
.
.
.
Kakak saya ni tak pernah masak lempeng. Selalu kalau dia nak makan, saya atau ibu yang masakkan πŸ˜‹ Jadi hari Rabu lepas, dia teringin nak makan lempeng dan kena masak sendiri  sebab dia tak balik rumah ibu πŸ˜„ Dia whatsapp saya minta resepi, saya pun bagitahulah bahan-bahan dan cara nak masak lempeng tu. Dan nantikan hasil lempengnya ~~~


Cubaan pertama tak berjaya

Berkat usaha tanpa putus asa 😍
Siap lempeng 10 keping.


Bahagia berjaya masak lempeng πŸ˜„

Cerita tentang lempeng ni, jadi lapar pula. Haha. Ok lah, jumpa lagi ye πŸ‘‹ Terima kasih sudi membaca 🌺🌼