Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Berjumpa lagi hari ini 🌹

Pada kuliah minggu kedua, kami diberikan tugasan untuk membuat asas grafik berdasarkan 5 jenis asas grafik yang dinyatakan oleh Prof. Gambar-gambar yang perlu diletakkan dalam tugasan asas grafik tersebut perlu diambil daripada bahan majalah yang disediakan. Tugasan tersebut juga tidak boleh menggunakan sebarang pen dan pensel sebaliknya setiap tulisan yang hendak dinyatakan bagi perlu menggunting setiap huruf dalam bahan majalah yang dibawa. 5 asas grafik tersebut iaitu : 



  • Mudah
  • Keseimbangan
  • Kesesuaian
  • Warna
  • Teks





BBM3410/18: Pertama kali menceburi dunia multimedia

Assalamualaikum 🌸

Minggu pertama bagi kuliah BBM3410, kami diberikan penerangan mengenai rangka kursus dan komponen yang akan dipelajari dalam subjek ini. Prof Dr Normaliza memberikan tugasan kumpulan iaitu setiap kumpulan perlu mempunyai 10 orang ahli dan perlu menyediakan bahan-bahan bagi membuat tugasan asas grafik pada kelas yang akan datang. Bahan-bahan yang diperlukan terdiri daripada :



  • 6keping mounting board
  • Glue stick
  • Gunting
  • Pisau lipat
  • Majalah (glossy paper)
  • Reben 

BBM3410/18: About Me!







Hai 😉 Nama saya Iffa Nur Mastura binti Mustapa. Saya merupakan anak kelahiran negeri Perak tapi saya dibesarkan dan menetap di negeri Johor 😍 Saya juga merupakan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia dan kini saya dah tahun keempat di UPM. Hanya berbaki satu semester sahaja lagi saya di sini. Saya sangat suka memasak 🍛🍳🍲. Kalau setiap kali balik ke rumah waktu cuti, ibu saya sangatlah gembira sebab saya yang akan masak di rumah. Saya merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik :) Saya ada seorang kakak yang bernama Iffa Nur Sasmira binti Mustapa. Ha, beza nama sikit je kan 😃 Saya ada impian. Ha! Nak tahu apa dia? Saya nak melancong ke luar negara. InsyaAllah kalau ada rezeki, dan yang pastinya saya nak bawa ibu saya 💓

Ok lah. Sampai sini saja untuk hari ini. Jumpa lagi di lain hari. Terima kasih kerana sudi membaca! 💜💜