Sunday, December 9, 2018

BBM3410/18: Asas Grafik πŸ“·

πŸ”˜NOTA ASAS GRAFIKπŸ”˜

Asas grafik merupakan ciri-ciri yang perlu diberikan perhatian dalam penghasilan sesebuah grafik. Terdapat lima asas grafik yang telah saya pelajari dalam kuliah BBM3410 (Multimedia dalam Bahasa).



🍁 Mudah
🍁 Keseimbangan
🍁 Kesesuaian
🍁 Warna
🍁 Teks


πŸ‚ Mudah
  • Ciri pertama asas grafik ialah mudah. Mudah bermaksud sesuatu gambar itu mudah dilihat serta dapat difahami dengan sebaiknya.
  • Ciri asas grafik ini tidak sarat dengan teks dan abstrak namun lebih bersifat realistik.

πŸ‚ Keseimbangan
  • Ciri kedua asas grafik ialah keseimbangan. Ciri keseimbangan ini merangkumi elemen keseimbangan dari setiap sudut dan tidak memberikan pemberatan kepada satu sudut sahaja.
  • Ciri keseimbangan gambar juga perlu diberikan kesama rataan antara bahagian kiri, kanan, atas dan bawah bagi memastikan gambar yang diambil tersebut menepati ciri keseimbangan. 
πŸ‚Kesesuaian
  • Ciri ketiga asas grafik ialah kesesuaian. Konsep atau mesej yang ingin disampaikan dapat difahami oleh audien melalui kesesuaian gambar atau visual yang ditampilkan.
  • Kesesuaian antara subjek utama serta latar belakang merupakan elemen penting bagi memastikan audien dapat memahami mesej yang ingin disampaikan. 
πŸ‚ Warna
  • Ciri keempat ialah warna. Elemen warna membangkitkan unsur visual yang diketengahkan kepada audien selain menjadikan visual yang ditampilkan lebih menarik.
  • Elemen warna bukan sahaja menghidupkan visual, malahan menimbulkan perasaan dan minat terdapat sesuatu visual.
πŸ‚ Teks
  • Ciri kelima ialah teks. Penggunaan teks dalam grafik haruslah sesuai, padat dan ringkas.
  • Pemilihan jenis font, saiz font juga perlu dititikberatkan kerana ianya memberikan mesej yang berbeza terhadap sesuatu visual kepada audien. 




No comments:

Post a Comment