Monday, November 12, 2018

BBM3410/18: Lokceng 🍑🍒

Bertemu kembali semua πŸ‘‹ Siapa tahu apa tu lokceng? Ha, mungkin ada yang tak tahu kan. Sama lah macam saya, mula-mula kawan saya bagitahu rakan sekerja dia bagi lokceng sebungkus. Muka saya pun blur kejap. Haha πŸ˜„ Dia pun keluarkan lah dari plastik.. Nak tahu apa dia? Rupa-rupanya sate ikan. Haha. Banyak pula tu. Kami pun apa lagi dikala hujan petang dengan angin sejuk terus membakar lokceng tu.

Sesi membakar 🍑



Serius sedap, makan panas-panas dengan teh o limau suam pula tu πŸ˜‹πŸ˜‹. Jadi lepas ni takde lah pelik bila orang sebut lokceng. Haha πŸ˜„

Ok, jumpa lagi nanti 🌺🌼


BBM3410/18: Plan Menjadi πŸŽˆπŸŽ‰πŸŽ‡

Hai semua. Sihat semuanya ya 😊
.
.
Ok, hari ni saya nak share sikit hari Sabtu yang lepas (10.11.2018) saya celebrate birthday ibu saya. Walaupun lewat 5 hari, tapi yang penting ibu happy dan suprise menjadi. Yeayyy πŸ™Œ Disebabkan ibu saya ni babysitter dan ada 4 orang yang ibu jaga, jadi saya dan kakak buat suprise di rumah saja. Meh tengok gambar sikit..


Yang paling kecil tu yang paling excited

Huruf B tu penyek sikit sebab meletup terlebih angin πŸ˜‘

 
Penyimpan rahsia nak buat suprise πŸ˜„

Alhamdulillah, ibu happy walaupun buat kecil-kecilan je. Yang penting semua makanan saya yang masak. Haha πŸ˜„ Rendang kerang, lemak cili ikan mayong, dan chap chai. Nak resepi? Meh pm tepi. Haha. 
.
Terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi πŸ‘‹

Tuesday, November 6, 2018

BBM3410/18: Kelas Online πŸ“Ί

🌺Isnin (5 November 2018)🌺

Ok, ingat lagi tak post sebelum ni tentang kena post di Instagram gambar tangan ok πŸ‘Œ untuk dapatkan kelas online πŸ˜„ Dan Prof dah pun bagi jawapan yang sangat menggembirakan iaitu kelas secara online. Nak tahu apa tugasan yang kami kena buat? Ha ni dia...
.
.
.



Prof akan keluar dalam tv Al Hijrah bagi slot Bijak Siber jam 8:30 pagi. Jadi, kami kena snap gambar prof dan post di Instagram. Angle gambar tu pastinya kena canti ye kawan-kawan πŸ˜‰ Saya pun dengan tekunnya tengok slot Bijak Siber tu sebab nak pastikan dapat shot gambar Prof yang paling cantik πŸ˜— Ni hasilnya ...






Tahniah Prof πŸ‘Prof memang terbaik, dengan setiap perkongsian yang Prof kongsikan memang sangat bermanfaat untuk setiap penonton dan khalayak di luar sana. 



Yeayy! Prof like post saya πŸ’™

Ok semua, jumpa lagi πŸ‘‹πŸŒΌπŸŒΊπŸŒΈ







BBM3410/18: Jantung Hati πŸ’—

Hai semua πŸ‘‹ Hari ni saya nak cerita tentang jantung hati saya. Siapakah dia? Ha, pastinya ibu saya πŸ’™ Semalam hari lahir ibu saya, (5 Nov 2018). Alhamdulillah, pada tahun ni ibu saya dah menjangkau usia 50 tahun. Tapi apa yang sedih ialah, tahun ni tak dapat nak sambut hari lahir ibu sama-sama sebab saya tak dapat balik. Sibuk beno tahun akhir niπŸ˜„ Lagipun tarikh 5 November tu tak kena pada hujung minggu. 
.
.
.
Apa pun, saya nak ucapkan selamat hari lahir untuk ibuπŸ’™ Moga ibu sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan ibu dan juga dimurahkan rezeki. InsyaAllah, hujung minggu ni adik balik. Nanti kita sambut sama-sama ye bu🌺

Ibu saya: Rubiah binti Md Dom

Ok lah, terima kasih semua sudi membaca. Jumpa lagi ya 🌹🌷🌺🌸🌼

Monday, November 5, 2018

BBM3410/18: Cerita Cuti MidSem πŸ†

Assalamualaikum semua 🌺🌼

Ok, hari ni saya nak kongsikan cerita cuti midsem saya selama seminggu. Ha, ni semua sebab tugasan yang Prof beri iaitu kena post 10 gambar di Instagram πŸ˜„ Nah, ni lah 10 gambar yang saya post di Instagram untuk tugasan cuti midsem πŸ‘―...










Cerita Cuti MidSem Saya Dah Tamat 🐦
Setiap gambar yang saya post di Instagram ni disertakan sekali dengan kapsyen yang menarik dan juga quotes yang dipetik dari buku 200Quotes serta hashtag yang ditetapkan oleh Prof DrN πŸŒ·πŸ’™

Terima kasih semua sudi membaca. Jumpa lagi! 🌺




BBM3410/18: Kelas Batal Atau Tidak? πŸ€

Hai kawan-kawan 🌸 Ok, hari Selasa (30 Oktober 2018) iaitu masih lagi dalam waktu cuti pertengahan semester. Tiba-tiba kami dapat berita yang agak menggembirakan. Haha πŸ˜„ Nak tahu apa beritanya? Ha ini dia ...


Ha dapat je berita ni, semua gembira. Haha πŸ˜„ Jadinya semua perlu post gambar dalam Instagram dengan segera dan pastinya kena ikut hashtag yang betul iaitu yang Prof dan tetapkan. Bukan apa, kalau salah letak hashtag, silap silap memang tak diterimalah post tu. πŸ˜† Ok, saya pun tengah-tengah panas kat lapang sasar menembak tu terus snap gambar πŸ‘Œ dan post di Instagram. 


Minat sangat dengan view awan tu πŸ’™


Hashtag tu check banyak kali nak pastikan betul πŸ˜„


Prof dah like 😍😍

Setelah semua bertungkus lumus post gambar πŸ‘Œ sebelum jam 7 malam, akhirnya kami dapat jawapan yang positif dan pastinya amat dinantikan semua. Haha πŸ˜„ Iaitu 5 November (Isnin) kelas diadakan secara online! Terima kasih Prof πŸ’™


Ok, jumpa lagi nanti ye kawan-kawan dalam post yang berikutnya. 


BBM3410/18: Cuti Pertengahan Semester Bermula 🐦

Assalamualaikum semua 😊 Moga baik baik saja semuanya. Ok, hari ni saya cerita tentang cuti pertengahan semester kali ni. Seronoklah kan cuti seminggu tapi macam biasalah, tugasan daripada Prof tetap ada πŸ˜ƒ.
.
.
.
Ok, kali ni Prof beri tugasan untuk kami ambil gambar dan kena post 10 gambar yang berbeza di Instagram. Gambar tu tak kisahlah gambar manusia ke pemandangan ke haiwan ke asalkan cantik dan menarik. Haha. Ha lagi satu yang menariknya tugasan kali ni kami kena letak hashtag yang Prof dan tentukan iaitu #KampungKu 🏑 Tapi untuk cuti seminggu kali ni saya tak balik kampung, sebab saya akan ke Kem PULADA di Ulu Tiram, Johor untuk Latihan Menembak PALAPES UPM. Oleh itu, saya ambil kesempatan ni untuk mengambil gambar aktiviti-aktiviti yang saya dan rakan-rakan lakukan sepanjang latihan menembak tersebut πŸ€


Pegawai on duty 


Suasana di lapang sasar menembak senjata M16

Nak tengok 10 gambar saya yang menarik sepanjang cuti pertengahan semester ni? Tunggu post saya yang berikut ya πŸ˜„ Terima kasih sudi membaca! 🌺🌼🌷