Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Patin Tempoyak Takde !!!

Hari ni ada Pesta Makanan Tradisional Melayu? 

Seronok nya dengar! Sebut je tentang hal makan, siapa yang tak suka? Tu lah benda yang paling semua orang peka 😄 Pagi pagi lagi dah gigih naik bas nak ke FBMK sebab takut nanti sesak ramai orang, kena berebut-rebut. Dari malam tadi dah berangan kalau dapat makan gulai ikan patin tempoyak ni seronoknya tak terkata. 


Sampai je di FBMK, saya dan dua orang rakan terus ke dewan CALC untuk majlis perasmian Pesta Makanan Tradisional Melayu. Dalam hati dah tak sabar nak cari patin tempoyak sebenarnya. Rupanya bukan makanan sahaja disediakan untuk pesta makanan hari ni, ada demonstrasi masakan, pertandingan mewarna, pertandingan ukir buah dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang turut melibatkan pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah.


Habis sahaja majlis perasmian, saya terus ke perkarangan rumah warisan Melayu yang menempat gerai-gerai yang menjual makanan tradisional Melayu. Pelbagai makanan tradisional yang dijual dari pelbagai negeri. Bermulalah misi pencarian patin tempoyak ~~~


Dari satu gerai ke satu gerai. Keropok lekor Teregganu ada, laksa Sarawak ada, Tauhu sumbat ada, gulai lemak daging salai Negeri Sembilan ada, Laksa Penang ada, ikan pekasam utara ada tapi mana patin tempoyak ? 😭


Patin tempoyak takde. Tak ada rezekilah nampaknya nak makan patin tempoyak. 








No comments:

Post a Comment