Wednesday, October 24, 2018

BBM3410/8: Sepit Atau Kapit?

Hai semua 🌻 Okay, hari ni saya nak cerita tentang sejenis kuih. Ha, ada yang panggil kuih ni kuih sepit tapi saya panggil kuih kapit. Tak tahu lah kenapa jadi dua nama sedangkan kuih yang sama je. Saya sampai bertengkar dengan kawan saya pasal nama kuih ni je. Haha. Mungkin sebab negeri lain jadi nama kuih ni lain lah kot ye. πŸ˜† Yelah, sebab saya orang Johor, kawan saya pula orang Kedah. 

Okay lah, mana datang nya punca nak cerita pasal kuih ni sebenarnya ialah kawan saya ni jual kuih sepit ni. Jadi ni saya nak tunjuk sikit lah jenis-jenis kuih sepit yang dia jual.


Supreme Coklat Salut Kacang


Supreme Peanut Salut Kacang


Premium Coklat


Premium Peanut


Original

Ha. Terliur tak semua? Serius sedap kuih sepit ni, sebalang tu memang tak sampai seminggu. Saya boleh habis dalam masa 3 hari je πŸ˜† Nak tahu berapa harganya. Ni senarai harga dan juga nombor telefon kawan saya, mana tahu ada yang nak order πŸ˜‰


Ok lah, jumpa lagi nanti. Bye! 😊🌺🌻🌹

BBM3410/18: Video One Shot

Assalamulaikum semua 😊

Hai. hari ni saya nak cerita tentang tugasan minggu ni iaitu video one shot. Habis bab fotografi ambil-ambil gambar, kami diberikan tugasan untuk membuat video. Apa tu video one shot? Video ni diambil sekali sahaja tanpa perlu diedit dan kedudukan kamera statik tidak bergerak. Senang kata tiada jurukamera lah. πŸ˜„ 

Kami diminta untuk memilih satu lagu melayu yang berentak rancak dan kumpulan kami sebulat suara memilih lagu Nakal Nakal nyanyian Aida Jebat. 



Gambar disebalik tabir kami menghasilkan video one shot. 


Nantikan hasil rakaman video one shot daripada kumpulan kami dalam post blog saya yang seterusnya 🌺🌺 








BBM3410/18: Simpulan Bahasa (Penceritaan Gambar)

🌺Isnin - 15 Oktober 2018🌺

Assalamualaikum. Hai semua :) Hari ni kami dapat tugasan baru daripada Prof iaitu kami perlu bercerita menggunakan simpulan bahasa. Macam mana tu? Ha, kami perlu ambil gambar berdasarkan 10 simpulan bahasa yang telah kami pilih untuk menunjukkan maksud simpulan bahasa tersebut. Gambar tu mestilah orang boleh faham maksud yang nak disampaikan. Nampak macam senang kan? Ha, jom tengok gambar hasil kumpulan saya πŸ˜‰. 


Simpulan Bahasa : Kaki Borak


Simpulan bahasa : Kera Sumbang


Simpulan bahasa : Buruk Perut


Simpulan bahasa : Makan Suap



Simpulan bahasa : Halwa Telinga


Simpulan bahasa : Berat Tulang


Simpulan bahasa : Rambang Mata


Simpulan bahasa : Alas Perut


Simpulan bahasa : Patah Hati


Dah siap semua gambar ni, kami kena satukan dalan powerpoint dan kemudian kami tukar jadi video dan muat naik di Youtube. Baiklah, itu saja cerita tentang tugasan penceritaan gambar yang Prof beri. Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca 🌹

Wednesday, October 10, 2018

BBM3410/18: Aida doktor tanah

Assalamualaikum. Hai semua :)

Coretan kali ni saya nak bercerita tentang rakan sebilik saya. Rakan sebilik saya bernama Aida Azwani binti Abdul Rahim dan merupakan pelajar Sains Pertanian. Saya panggil dia Kekkda :) 

Sebilik dengan budak pertanian seronok ke? Ha, seronok sebab banyak benda yang saya boleh belajar daripada dia. Mulanya saya ingatkan pertanian ni cuma belajar pokok, tanah, sayuran macam tu je. Rupanya tak. Dia ni dah boleh dipanggil doktor pertanian. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab segala biologi tentang pokok, tanah, haiwan mereka belajar. 

Bila tengok apa subjek yang mereka belajar susah juga rupanya nak jadi budak sains pertanian ni. Tapi apa yang saya kagum dengan Kekkda, dia mampu untuk dapat keputusan yang bagus setiap semester. Dia juga pernah ke Indonesia selama 6 bulan untuk program mobiliti dan mendapat keputusan 4.0 pada semester tersebut. Yang paling seronok, hari tu saya teman Kekkda ke makmal sebab dia nak dapatkan data kajian Final Year Project dia. Dia buat kajian tentang tanah, dapatlah saya belajar rupanya ada lebih 20 jenis tanah yang wujud. 

Kekkda ni seorang yang sangat pemurah dan sentiasa berkongsi apa yang dia ada kepada orang lain. Saya sangat gembira dapat duduk sebilik dengan dia selama 3 semester )





BBM3410/18: Mereka yang aku ada 🌼

Asslamualaikum semua :) 

Kali ni saya nak cerita tentang 2 orang insan yang paling istimewa dalam hidup saya. Insan yang sentiasa menjadi tulang belakang saya, yang sentiasa menyokong saya dalam apa jua keadaan dan apa juga bidang saya yang ceburi. Mereka berdua ini merupakan wanita yang sangat saya kagumi bukan kerana kecantikan raut wajah yang dimiliki oleh mereka tetapi juga kekuatan semangat dan jiwa kental dalam diri mereka. 

Siapakah mereka? Mereka ialah ibu dan kakak saya. Ibu saya merupakan seorang suri rumah dan juga merupakan pengasuh kepada 4 orang kanak-kanak. Ibu merupakan seorang yang sangat penyayang dan juga sangat penyabar. Kakak saya berumur 24 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas. Kini kakak saya sedang hamil dan akan bersalin pada awal bulan Januari tahun depan. Saya yang tak sabar nak tunggu sebab dah nak jadi makcik!! 

Ok lah, saya asyik cerita je. Jom saya kongsikan gambar dua orang insan yang menjadi harta dunia akhirat saya. 






Inilah ibu dan kakak saya. 

Cukup. Cukup dua yang aku ada.
Yang lain memang ada. Tapi tak sama.
Yang lain memang ada. tapi tak cinta macam mereka dua.
Yang lain memang ada. tapi belum tentu setia kala duka.
Cukup dua yang aku ada. 


Terima kasih semua kerana sudi membaca. Jumpa lagi di lain hari :)


BBM3410/18: Tugasan minggu 5

Assalamualaikum semua 🌼

Kali ni saya nak cerita aktiviti yang kami buat dalam kuliah minggu kelima :) Kami diberikan tugasan untuk membuat aktiviti fotografi flatlay. Apa itu flatlay? Ok, flatlat ni ialah teknik fotografi yang digunakan untuk mengambil gambar secara rata dari kedudukan atas. Flatlay ni juga tebahagi kepada 4 iaitu:

1) Flatlay
2) Half Flatlay
3) Quater Flatlay
4) Zero Flatlay

Keempat-empat flatlay ni menggunakan posisi yang berbeza iaitu bagi flatlay posisi kamera mestilah pada 90 darjah, half flatlay pada 45 darjah, quater flatlay 15 darjah, dan zero flatlay pada kedudukan 0 darjah. 

Aktiviti ni secara berkumpulan dan Prof beri masa satu jam setengah sahaja untuk kami siapkan tugasan ini dan perlu dimuat naik ke laman instagram masing-masing. Dengan masa yang singkat tu lah semua ahli kumpulan berhempas pulas mengambil gambar dengan segala barang yang ada masa tu. Habis semua jam tangan, kasut, barang kemas dijadikan model untuk fotografi. 








Nak tengok hasilnya ?


 Flatlay


Half Flatlay


Quater Flatlay


Zero Flatlay 

Itulah antara gambar hasil daripada kumpulan saya. Lepas belajar teknik fotografi ni barulah saya tahu bukan mudah untuk dpaatkan gambar yang cantik bukan sahaj pada pandangan mata tetapi mempunyai mesej yang ingin disampaikan di sebalik gambar tersebut. 

Ok lah, itu saja untuk coretan kali ini. Terima kasih sudi luangkan masa untuk membaca :)




Wednesday, October 3, 2018

BBM3410/18: Ibu! Anak ibu jadi askar!

   PALAPES πŸ’£

Apa tu PALAPES? Nak tahu tak? Mari dengar saya cerita.




Bila sebut askar atau tentera pasti semua orang akan teruja. Teruja dengan pakaian mereka, dengan peralatan senjata, dengan aktiviti yang mereka lakukan, dan segalanya tentang mereka. Nak rasa semua perkara tu? Tapi macam mana? Boleh, mari sertai PALAPES.


PALAPES merupakan singkatan bagi Pasukan Latihan Pegawai Simpanan atau ROTU (Reserve Officer Training Unit). Penubuhan PALAPES mula diusahakan oleh Brig Jen Dato' Abul 'As bin Ismail, Pengarah Askar Wataniah dalam tahun 1979. PALAPES memperuntukan latihan selama 3 tahun bagi membolehkan seseorang penuntut tersebut layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. 

Selama 3 tahun saya menjalani latihan dalam PALAPES, segala sakit perit latihan tentera dapat saya rasa. Semua rakan sekelas yang lain sering bertanya, masuk PALAPES ni mesti penat berkawad saja kan? Jawapannya tidak kawan-kawan. PALAPES ni mengajar setiap perkara dalam kehidupan kita, bukan sahaja ilmu senjata, ilmu ketenteraan dalam hutan, ilmu peperangan, ilmu kawad, ilmu kerohanian, malah ilmu renang turut dipelajari. Ketika dalam latihan peperangan, kami diberikan situasi sebenar peperangan. Kami perlu mengatur segala strategi dan atur gerak untuk menentang musuh. 

Dalam latihan menembak juga kami diberikan peluang untuk menembak menggunakan peluru hidup. Ye, peluru hidup bukan peluru kapur πŸ˜ƒ Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan, saya diberikan peluang untuk menembak senjata M203 iaitu senjata yang menggunakan peluru bom. Menggigil tangan masa nak masukkan bom tu, yelah kalau jatuh kat situ juga hilang nyawa. Haha. Berpanas berhujan tak usah diceritalah, itu semua dah jadi lumrah πŸ˜‰

Namun setelah penat lelah dengan pelbagai rintangan yang ditempuhi tersebut, saya telah berjaya ditauliah pada 18 Ogos 2018. Perkara tersebut merupakan sejarah hidup saya yang saya tak kan dapat lupakan sampai bila-bila.







Ni gambar semasa kami menjalani latihan peringkat senior iaitu peringkat akhir dalam PALAPES sebelum ditauliahkan 😊




Setelah ditauliahkan dan bergelar Leftenan Muda Iffa Nur Mastura binti Mustapa. Alhamdulillah πŸ’—

BBM3410/18: Patin Tempoyak Takde !!!

Hari ni ada Pesta Makanan Tradisional Melayu? 

Seronok nya dengar! Sebut je tentang hal makan, siapa yang tak suka? Tu lah benda yang paling semua orang peka πŸ˜„ Pagi pagi lagi dah gigih naik bas nak ke FBMK sebab takut nanti sesak ramai orang, kena berebut-rebut. Dari malam tadi dah berangan kalau dapat makan gulai ikan patin tempoyak ni seronoknya tak terkata. 


Sampai je di FBMK, saya dan dua orang rakan terus ke dewan CALC untuk majlis perasmian Pesta Makanan Tradisional Melayu. Dalam hati dah tak sabar nak cari patin tempoyak sebenarnya. Rupanya bukan makanan sahaja disediakan untuk pesta makanan hari ni, ada demonstrasi masakan, pertandingan mewarna, pertandingan ukir buah dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang turut melibatkan pelajar dari sekolah menengah dan sekolah rendah.


Habis sahaja majlis perasmian, saya terus ke perkarangan rumah warisan Melayu yang menempat gerai-gerai yang menjual makanan tradisional Melayu. Pelbagai makanan tradisional yang dijual dari pelbagai negeri. Bermulalah misi pencarian patin tempoyak ~~~


Dari satu gerai ke satu gerai. Keropok lekor Teregganu ada, laksa Sarawak ada, Tauhu sumbat ada, gulai lemak daging salai Negeri Sembilan ada, Laksa Penang ada, ikan pekasam utara ada tapi mana patin tempoyak ? 😭


Patin tempoyak takde. Tak ada rezekilah nampaknya nak makan patin tempoyak. 








BBM3410/18: Lenyap Harapanku

Assalamualaikum semua 🌺

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa tajuk post saya hari ni macam tu. Ok, macam ni ceritanya. Kelas hari Isnin minggu ini tiada tapi Prof Dr N beri tugasan kepada kami melalui Putra Blast. Kami perlu merujuk Bab 1 Buku BOOM with Social Media. Masa yang diberi untuk menghantar tugasan tersebut ke emel Prof Dr N hanya satu jam iaitu dari jam 2 petang hingga 3 petang. Saya telah menyiapkan tugasan tersebut pada jam 11 pagi dan bersedia untuk menghantar emel kepada Prof pada jam 2 petang nanti. 


Tepat jam 2 petang. Saya telah berada di hadapan komputer untuk menghantar tugasan ke emel Prof. Pada jam 2.11 petang saya telah berjaya menghantar tugasan tersebut. Alhamdulillah, lega rasa hati sebab dah selesai satu tugasan. 


Namun kegembiraan saya tidak berpanjangan kawan kawan sekalian 😭 Pada jam 5:34 petang saya menerima emel yang mengatakan bahawa Prof tidak menerima emel tugasan saya. Sedihnya rasa hati ni kerana 10 markah untuk tugasan saya hilang begitu saja. Dimanakah silap saya?