Wednesday, September 26, 2018

BBM3410/18: About Me!







Hai 😉 Nama saya Iffa Nur Mastura binti Mustapa. Saya merupakan anak kelahiran negeri Perak tapi saya dibesarkan dan menetap di negeri Johor 😍 Saya juga merupakan pelajar Bahasa dan Linguistik Melayu di Universiti Putra Malaysia dan kini saya dah tahun keempat di UPM. Hanya berbaki satu semester sahaja lagi saya di sini. Saya sangat suka memasak 🍛🍳🍲. Kalau setiap kali balik ke rumah waktu cuti, ibu saya sangatlah gembira sebab saya yang akan masak di rumah. Saya merupakan anak bongsu daripada dua orang adik beradik :) Saya ada seorang kakak yang bernama Iffa Nur Sasmira binti Mustapa. Ha, beza nama sikit je kan 😃 Saya ada impian. Ha! Nak tahu apa dia? Saya nak melancong ke luar negara. InsyaAllah kalau ada rezeki, dan yang pastinya saya nak bawa ibu saya 💓

Ok lah. Sampai sini saja untuk hari ini. Jumpa lagi di lain hari. Terima kasih kerana sudi membaca! 💜💜


No comments:

Post a Comment